10 April 2024
"SAYA REDA, TETAPI MASIH AMAT TERK£JUT MENGENANGKAN ALIN SUDAH TIADA" - SHEEDA TIDAK MENDUG4 ANAK KETIGANYA HID4P KANS£R HATI 'AGR£SIF'
"Sebagai ibu yang selalu bersama dengannya dan kami tinggal berdua di rumah amat terk£jut, tetapi saya kuatkan semangat untuk tidak nampakkan kesedihan di hadapannya.
"Pernah dia cakap dengan saya, kenapa Alin yang kena mama?, namun saya kata Allah dah pilih Alin sebab nak bagi pahala syurga untuk anak mama dan arwah reda dengan meminta agar saya tidak bersedih.
"Demi janji saya kepada arwah Alin tidak akan bersedih dan kuat semangat pada hari 'pemergiannya', tiada setitik air mata saya pun yang mengalir. Tetapi, selepas saja pengebumian arwah selesai dan balik ke rumah, saya terus menangis tanpa henti.
"Saya reda, tetapi masih amat terk£jut mengenangkan Alin sudah tiada dan pergi buat selama-lamanya meninggalkan saya seorang diri di rumah. Saya sudah tiada lagi kawan baik, pembantu peribadi, jurusolek dan sebagainya.
"Arwah Alin adalah anak syurga saya yang sangat baik. Tutur katanya lembut dan tidak pernah meninggi suara apabila bercakap. Malah, dia turut berhasrat mahu menjaga saya serta tak nak saya bersusah-payah bekerja lagi."
Demikian jelas penyanyi dangdut, Sheeda, 60, yang mengakui, dia tidak menduga anak ketiganya, Allahyarham Nur Fazlinda Ahmad Fazli atau Alin, 24, yang menghid@p kans£r hati 'agr£sif' yang mer£bak dan meny£rang org@n badan dalam jangka masa singkat.
Kata Sheeda atau nama sebenarnya, Sayyida Beevi M Shahul Hameed, Allahyarham anaknya itu mengetahui berita sedih mengenai kans£r h@ti dihid@pinya itu pada hari ulang tahunnya ke-24 iaitu 3 Mac lalu.
Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Angkat Kaki' ini turut meluahkan rasa syukur apabila segala urusan menguruskan jenazah anak perempuannya itu dipermudahkan Allah dan berjalan lancar dengan semuanya dilakukannya sendiri.
Menurut Sheeda, Allahyarham juga ada meluahkan keinginan agar dia dan bekas suami, Ahmad Fazli dapat hadir bersama pada majlis konv0kesyennya yang akan menggenggam Ijazah Kewangan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada September depan.
"Dia juga sebenarnya sudah mendapat tawaran kerja di Public Bank, namun Allah lebih menyayanginya dan tidak mahu dia men@nggung s@kit yang lama. Hampir sebulan saja Alin diuji dengan s@kit yang dihid@pi itu.
"Apapun, saya ingin mohon kepada semua agar membantu sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Alin. Hanya Allah saja dapat membalasnya dan saya sangat-sangat berterima kasih," tuturnya.
Pada 28 Mac lalu, anak kedua Sheeda iaitu penyanyi Bienda, 39, berkongsi di akaun Instagram miliknya mengenai berita kehilangan Alin yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.30 pagi.
Alin adalah anak Sheeda bersama bekas suami keduanya, Ahmad Fazli Mohammad. Mereka bercerai ketika Allahyarham berusia 13 tahun.
Menerusi perkahwinan pertama, Sheeda dikurniakan dua anak iaitu Bienda dan abangnya, Hafizul Razli.
Sheeda juga bertemu jodoh kali ketiga dengan guru, Sukri Hashim, pada 2007, namun bercerai pada 2019 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aiman, 16.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment