10 April 2024

TERSIL4P LANGKAH JALIN HUBUNGAN DENGAN BELLA ASTILLAH - MUAZ ZABIR HARAP DAPAT KEAMPUNAN DARIPADA IBU PADA AIDILFITRI INI



"Sesi permohonan maaf kepada mak tercinta. Doakan saya selamat sepanjang berada di kampung. Kena sambung waktu raya nanti sebab mar@h dia tak habis lagi."
Itulah ujar pelakon baru, Muaz Zabir menerusi hantaran video dimuatnaik di Instagram, dimana dia berharap mendapat keampunan daripada ibunya pada Aidilfitri ini selepas tersil@p langkah menjalin hubungan dengan Bella Astillah untuk membuatkan suami wanita itu, Aliff Aziz cembvru.

Dalam pada itu, Muaz atau nama penuhnya, Muaz Mohamad Zabir, 27, mengakui dia memang bersal@h dan perlu bertanggungjawab di atas tind@kannya kerana sudah membuat ibu yang juga 'syurganya' berasa mar@h dan kec£wa.

Menerusi perkongsian video itu, Muaz turut dilihat mengeluarkan sebuah televisyen daripada kotak yang dipercayai hadiah istimewa untuk 'memujuk' hati ibu tersayang.

Meninjau di ruangan komen pula, kebanyakan netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar urusan pelakon drama 'Iskandar Chempaka' itu dipermudahkan oleh Yang Esa.

Malah, sekalipun cara tind@kan dipilih Muaz untuk 'membantu' Bella memberi pengajaran kepada Aliff agar menghargai isterinya itu tidak b@gus dan kurang s£suai, netizen sama sekali tidak menyal@hkan Muaz sepenuhnya.

Pada temubualnya dalam program Melodi TV3 baru-baru ini, Muaz mengakui kesil@pannya dan memohon maaf di atas apa yang sudah dia dan Bella lakukan, terutama mengambil kira status pelakon dan penyanyi wanita itu yang masih isteri orang.

"Tiada niat saya untuk memp0rak-per@ndakan rumah tangga orang. Namun, saya tidak nafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Bella sebelum ini bahawa kami memang pernah rapat sekitar tahun lalu.

"Tapi, perkara ini sudah pun diselesaikan dan kami juga sepakat untuk 'move on'. Sebagai rakan yang ingin membantunya, saya hanya mendengar keluhan Bella," katanya.

Terdahulu, nama Muaz menjadi perhatian di media sosial apabila seorang pengguna TikT0k memuatnaik tangkap layar perbualan mesej dan foto mesranya bersama Bella.

Selepas kontr0versi itu ters£bar, Muaz bagaimanapun tampil membuat permohonan maaf kepada keluarganya dan juga keluarga Bella di Instagram dan turut menutup ruangan komen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: