10 April 2024
AL-FATIHAH - KAKAK EKIN AF DIJEMPUT ILAHI
Takziah diucapkan kepada penyanyi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) iaitu Ekin Rahman Madon atau Ekin AF, atas pemergian kakaknya, Allahyarham Susinah Abdww Rahman, yang meninggal dunia pada bulan Ramadan.
"Kakakku pergi di bulan baik. Reda kami akan kepergianmu. Tenanglah kau di negara abadi. Mudahan ditempatkan di dalam kalangan orang beriman," tulis Ekin yang berkongsi berita duka itu menerusi hantaran di Instagram.
Bagaimanapun, isteri kepada penyanyi dan bekas peserta AF3, Yazer itu tidak menyebut mengenai punca kematian kakaknya itu.
Namun, menerusi hantaran di Instagram, Susinah sudah beberapa hari dirawat di hospital di Kota Kinabalu, Sabah.
Jenazah dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Bebuloh Laut, malam semalam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment