10 April 2024

SAMBUT RAYA DI TANAH SUCI - RUHAINIES LUAH RASA SYUKUR



"Mimpi jadi kenyataan. Nak Ramadan dan hari raya di Tanah Suci. Alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancangan."
Demikian kata pelakon Ruhainies yang meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk berpuasa dan menyambut hari raya di Tanah Suci Mekah pada tahun ini menjadi kenyataan.

Difahamkan, Ruhainies yang berkongsi perkara itu menerusi perkongsian di Insta Story, berangkat ke Tanah Suci kelmarin bersama keluarga termasuk kakaknya yang juga pelakon, Nur Risteena.

Sementara itu, dalam perkongsian lain pula, Ruhainies turut memohon maaf jika ada meny@kiti hati sesiapa serta dia memaafkan sesiapa yang meny@kiti.

Klik untuk gambar besar
Minggu lalu, timbul dakwaan Ruhainies sudah berkahwin selepas namanya didaftarkan dengan panggilan Mrs atau Puan dalam satu dokumen urusan perniagaan di London.

Malah, dia dan individu berkenaan turut dikatakan memiliki perniagaan NRFMEJ BEAUTY LTD seolah menggabungkan namanya dengan seorang individu.

Namun dalam salah satu hantaran berkenaan turut menunjukkan status syarikat berkenaan telah dibub@rkan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: