09 April 2024

BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH TAK LAMA LAGI - AWIE BERSYUKUR DOA UNTUK BERAYA DENGAN SEMUA ANAK DIMAKBULKAN ALLAH



"Sekarang masih ada anak kecil lagi, umur dah 'lima ratus enam puluh tahun', anak dalam perut baru lima bulan dan bayangkan 10 tahun akan datang dia (anak) baru 10 tahun, saya dah 66, nak buat apa?
"Jadi, saya fikir mahu teruskan kehidupan dengan berniaga, tengok anak yang nak membesar. Tiada apa lagi yang nak dikejar, apa nak dicari dalam karier yang hampir 40 tahun ini. Dah terlalu lama sangat."

Ujar penyanyi Datuk Awie yang berkata, dia akan menimang bayi baru ketika usianya 56 tahun apabila isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 35, kini hamil lima bulan.

'Power' yang itu saja pun (anak)," selor0h Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman apabila diusik mengenai dia bakal menimang anak ketujuh tidak lama lagi.

Sementara itu, Awie turut berkongsi mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, dimana kali ini dia berpeluang meraikannya bersama semua enam anaknya buat pertama kali dalam tempoh sembilan tahun.

"Saya bersyukur doa untuk beraya dengan semua anak, terutama dua daripadanya yang kini di bawah jagaan bekas isteri iaitu Putra Ahmad Rezzki, 16; dan Putri Qasseh Antasha, 14; dimakbulkan Allah.

"Apatah lagi, dalam tempoh sembilan tahun ini sebenarnya baru kali pertama saya dapat beraya dengan semua anak sebab selalunya setiap tahun saya akan pergi bercuti apabila tiba Aidilfitri.

"Cuma, tahun ini agak istimewa sebab semua anak ada bersama, jadi saya akan duduk di rumah saja menunggu rakan-rakan dan saudara-mara datang beraya," tuturnya.

Untuk makluman, menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri juga penyanyi Arni Nazira, Awie dikurniakan dua anak perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha, 24, dan Putri Aleefa Antasha, 22, yang kini menuntut di universiti.

Awie kemudian berkahwin kali kedua dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, namun sah bercerai pada 1 November 2014. Mereka dikurniakan tiga anak, Putra Ahmad Merrah, 17; Putra Ahmad Rezzki, 16; dan Puteri Qasseh Antasha, 14.

Bagaimanapun, pelakon filem 'Hantu Kak Limah' ini dipertemukan jodoh kali ketiga dengan isterinya, Sharifah Ladyana pada 7 Oktober 2016 dan mereka sudah dikurniakan seorang anak lelaki pada 2020 lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: