09 April 2024
TAHUN INI - FASHA SANDHA PUNYAI 45 PASANG BAJU RAYA : "RAMAI ORANG HADIAHKAN..."
"Raya pertama di Rembau, manakala raya kedua akan balik bersama keluarga di Perlis pula. Alhamdulillah, tahun ini banyak juga baju raya, setakat ini ada dalam 45 pasang baju juga.
"Ramai orang hadiahkan baju raya kepada saya. Ada yang sedondon dengan keluarga tapi ada yang lain warna."
Itulah jelas pelakon Fasha Sandha yang berkongsikan tahun ini dia bersama keluarga akan pulang ke Rembau, Negeri Sembilan dan Perlis untuk menyambut hari Raya Aidilfitri.
Selain itu, Fasha turut berkongsi dimana dia mempunyai sebanyak 45 pasang baju raya untuk tahun ini dan ianya hadiah daripada rakan pereka fesyen.
Sementara itu, Fasha berkata, ketika berada di kampung, dia hanya akan membantu dalam menyiapkan bahan-bahan masakan kerana ada individu yang hebat memasak.
"Insya-Allah saya masak saja untuk raya tapi saya tidak la terlalu pandai dalam memasak, ada orang yang lebih pandai dan saya hanya membantu... macam potong bawang.
"Dekat dua-dua kampung ada orang yang memang paling hebat masak. Saya hanya membantu memotong saja," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment