09 April 2024

BERKERUSI RODA SELEPAS DIS£RANG ANGIN AHMAR SEJAK 6 TAHUN LALU - M JAMIL AKUI SEMANGAT SAMBUT AIDILFITRI SEMAKIN BERKURANGAN



"Sudah enam tahun sambutan Aidilfitri saya sudah hilang seri memandangkan keadaan kesihatan saya yang kurang mengizinkan ketika ini.
"Cuma saya tetap meraikan demi anak-anak yang masih kecil. Adalah juga buat persiapan sikit-sikit seperti menyediakan kuih dan menyiapkan baju raya.

"Kita ini apa lagi nak sambut. Dapat hidup pun, dah kira okay," tutur penerbit, pengarah dan pelakon, M Jamil yang memberitahu, semangat untuk menyambut Aidilfitri semakin berkurangan apabila dia kini terpaksa berkerusi roda akibat dis£rang angin ahmar sejak enam tahun lalu.

Bagaimanapun, M Jamil atau nama sebenarnya, Mohamad Jamil Zulkifli, 59, berkata, dia tetap meraikannya secara sederhana tahun ini demi dua anaknya yang masih kecil.

Sementara itu, ditanya adakah dia akan menyambut Aidilfitri bersama ibunya yang juga seniwati popular Datuk Sarimah Ahmad, Jamil menjelaskan, keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan menyuk@rkannya untuk bergerak untuk menziarahi ibunya itu.

"Dalam keadaan saya sekarang memang suk@r untuk menyambut hari raya bersama-sama. Nak jumpa dia pun saya bimb@ng t@kut tiba-tiba kami berdua jatuh s@kit," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: