09 April 2024

PERLAHANKAN KERJAYA SENI - AWIE MAHU 'BAYAR BALIK' MASA BERSAMA KELUARGA



Penyanyi Datuk Awie, 56, akui dia kurang masa bersama keluarga dan anak-anaknya ketika mereka masih kecil, dek kerana itu, timbul rasa bersal@h di hatinya sebagai bapa.
Dalam pada itu, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, bercadang mahu memperlahankan karier seninya dalam tempoh sembilan tahun lagi untuk 'membayar' semula masa yang sudah berlalu itu kepada keluarga.

"Saya menjadi penyanyi sejak berusia belasan tahun. Wings akan mencecah usia 40 tahun, manakala kerjaya nyanyian solo saya pula memasuki 30 tahun.

"Selama ini sudah terlalu banyak masa yang saya k0rbankan untuk keluarga dan anak-anak. Jadi, apa yang saya nak kejarkan lagi selain nak 'bayar balik' masa saya bersama isteri, anak-anak dan keluarga.

"Saya nak besarkan anak-anak saya yang masih kecil itu dan saya cuma nak masa yang berkualiti dengan mereka, keluarga saya. Dua orang anak perempuan saya sudah belajar di universiti yang saya jarang nampak.

"Dulu ketika mereka (anak-anak) kecil dan ada program di asrama, saya tak dapat tengok. Begitu juga, konsert anak saya di sekolah tadika pun saya tak dapat hadir sebab sibuk dengan konsert sendiri," jelasnya.

Ujar Awie, sebenarnya amat menyedihkan dalam hidupnya apabila kurang detik-detik indah melihat anak-anak membesar depan mata. Maka dari itu, kata Awie, kini adalah masanya untuk keluarga pula.

Sementara itu, Awie juga akan menimang cahaya mata ketujuh tidak lama lagi apabila isterinya iaitu Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin kini hamil lima bulan, anak kedua hasil perkongsian hidup mereka.

Pada 7 Oktober 2016, Awie berkahwin dengan Sharifah Ladyana di Songkhla, Thailand dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 2020 lalu.

Menerusi perkahwinan kedua dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 19, Putra Ahmad Rezzki, 16, dan Puteri Qasseh Antasha, 14, sebelum bercerai pada 1 November 2014.

Selain itu, Awie juga memiliki dua anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha, 24, dan Putri Aleefa Antasha, 22, yang kini melanjutkan pengajian di universiti.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: