23 April 2024
PILIH AMIR MASDI SEBAGAI PENYANYI UTAMA - SEARCH NAFI BERL4KU K0NFLIK DENGAN DENDEN
Pada 29 Jun ini, Search akan mengadakan Konsert Search Gemuruh bertempat di Zepp Kuala Lumpur, jam 8 malam.
Berhubung konsert itu, Search telah memilih penyanyi Amir Masdi atau nama penuhnya, Amir Syazwan Masdi, 28, sebagai penyanyi utama mereka.
Pemain gitarnya iaitu Noordin Mohd Taib berkata, Amir menjadi pilihan mereka kerana dia mempunyai pakej seperti ramai peminat dan berkemampuan menyanyikan lagu-lagu rock.
Klik untuk gambar besar
"Dia antara penyanyi generasi baru yang bagus. Dia sendiri seorang 'rockers' dari segi imej, gaya dan minatnya.
"Saya yakin dengannya. Lagipun dia seorang yang agr£sif di pentas. Ini yang kami mahukan. Saya mohon, sokonglah bakat-bakat tempatan," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai ketiadaan penyanyi Indonesia, Denden dan pemain bass, Yan dalam konsert itu nanti, Noordin menjelaskan, kedua-duanya tidak dapat bersama kerana terikat dengan k0mitmen lain yang sudah dipersetujui dari awal.
Difahamkan, tempat Yan akan digantikan pemain bass Barbarik iaitu Rozaimi.
Mengulas lanjut, Noordin menafikan berl@ku k0nflik dalam kumpulan Search berikutan ketiadaan Denden dan Yan.
"Sejak awal lagi, saya tidak pernah mengatakan Denden dan Yan adalah anggota tetap Search. Search adalah saya dengan Kid (pemain gitar utama) saja.
"Denden dan Yan adalah pemuzik undangan dan mereka bebas untuk bermain dengan sesiapa saja. Begitu juga dengan pemain dram, Minn yang turut memiliki band sendiri dan pemain keyboard, Firdaus yang banyak menjadi pemuzik undangan untuk penyanyi-penyanyi popular tanah air.
"Secara kebetulan kali ini Denden dan Yan ada k0mitmen lain dan mereka tidak dapat bersama kami. Tiada mas@lah dalam dalam Search. Mereka bebas bermain dengan sesiapa dan ini perkara biasa," katanya.
Selain Amir Masdi, konsert berkenaan turut menampilkan Ritz Metalasia, Muzza, Addy Cradle dan Jovita Pearl dari program X Factor Indonesia.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment