14 April 2024

SEMPENA AIDILFITRI - DA'I SYED UMUM ISTERI KINI HAMIL ANAK SULUNG



"Tahun depan Insya-Allah sudah tidak berdua lagi," tulis pendakwah selebriti, Da'i Syed menerusi Insta Story, dimana dia berkongsikan khabar gembira pada 1 Syawal lalu apabila isterinya, Hana Ismail kini sedang hamil anak sulung mereka.
Dalam perkongsian tersebut, Da'i Syed memberitahu, tahun depan mereka bakal beraya bertiga pula. Bagaimanapun, Da'i Syed tidak mendedahkan usia kandungan isterinya itu.

Selain itu, Da'i Syed menerusi perkongsian lain turut memuat naik gambarnya bersama isterinya sedondon mengenakan baju raya warna hijau dan Hana dilihat memegang perut serta menampakkan 'baby bump'.

Perkongsian Da'i itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah serta mendoakan agar dipermudahkan urusan kehamilan isterinya ini.

Tahun lalu, Syed berkongsikan khabar duka apabila isterinya itu mengal@mi keguguran ketika kandungan mencecah 10 minggu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: