06 April 2024

TAKZIAH - BAPA MENTUA MARK ADAM DIJEMPUT ILAHI



"Assalammualaikum semua, sedekahkan Al- Fatihah buat ayah mentua saya yang telah pergi mengadap ilahi selepas berbuka tadi (semalam)."
Demikian tulis penyanyi dan pelakon Mark Adam dalam satu hantaran di Instagram, dimana dia memaklumkan, bapa mentuanya iaitu Redzuan Abdul Malik telah menghembuskan nafas terakhir selepas waktu berbuka puasa, malam tadi.

Dalam perkongsian itu juga, Mark atau nama sebenarnya, Fikri Mark Adam Abdullah, 45, turut memuat naik video kenangan ketika Allahyarham bapa mentuanya itu sedang makan.

Bagaimanapun, Mark dan isterinya, Norazah Redzuan tiada bersama ketika Allahyarham meninggal dunia semalam.

Dalam perkongsian sebelumnya, Mark dan isterinya memberitahu mereka berada di Singapura kerana menyertai festival jualan raya di sana.

Perkongsian Mark mengenai pemergian bapa mentuanya itu mendapat perhatian dari pengikutnya yang turut menitipkan ucapan takziah di laman sosial.

Terdahulu, Mark sering berkongsi keadaan bapa mentuanya yang sudah uzur dan terpaksa menggunakan kerusi roda di Instagram.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: