06 April 2024

AL-FATIHAH - BAPA CATRIONA ROSS KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 1.30 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) semalam, pelakon Catriona Ross telah kehilangan bapanya iaitu Bahrin Ross yang meninggal dunia di Edinburgh, Scotland.
Catriona atau nama sebenarnya, Norhayati Ross Bahrin Ross, 44, yang berkongsi berita duk@ tersebut di Instagram, berkata, pemergian bapanya itu adalah satu kehilangan besar selepas kehilangan ibu pada 2013.

"Ini adalah berita yang sangat sedih dan suk@r untuk saya kongsikan selepas kehilangan ibu. Saya ingin maklumkan ayah saya sudah kembali menghadap Ilahi pada Jumaat bersamaan 25 Ramadan," katanya

Difahamkan, Catriona bersama suami dan anak-anak sudah berada di Scotland bagi menyambut Aidilfitri bersama Allahyarham yang menetap di sana.

Menurutnya lagi, Allahyarham bapanya adalah seorang yang peramah dan sentiasa memberi sokongan kepada dirinya menjadi insan yang lebih baik.

"Dia seorang lelaki yang sentiasa tersenyum dan sangat ramah. Al-Fatihah buat lelaki yang mengajar saya menjadi ber@ni dan menjadi saya seorang yang terbaik," ujarnya.

Dalam masa sama, pelakon itu turut meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham ibunya : "Peluk ibu untuk saya. Saya rindu sejak dia tiada. Saya sayang kamu berdua," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: