13 April 2024
TERIMA DUIT RAYA PERTAMA RM5,000 DARIPADA SUAMI - ISTERI SHUIB TAK MAHU GUNA, BINGKAIKAN SEBAGAI KHAZANAH
"Dapat duit raya daripada Daddy. Duit raya daripada suami ini saya akan jadikan khazanah. Saya tak akan guna, saya akan simpan sampai bila-bila. Ini adalah duit raya pertama saya bersama suami tercinta.
"Saya akan bingkaikan duit raya pertama dari suami tercinta. Percayalah duit yang suami beri walaupun sedikit atau banyak takkan sama dengan duit yang kita ada."
Demikian jelas isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah yang memberitahu, dia mahu membingkaikan duit raya pertama RM5,000 yang diterima daripada suami tercinta sempena hari raya tahun ini.
Klik untuk gambar besar
Watie yang berkongsi perkara itu menerusi perkongsian di Instagram turut berkata, dia tidak akan menggunakan duit berkenaan sampai bila-bila kerana ianya adalah duit raya pertama daripada suaminya dan mahu jadikan sebagai khazanah.
Melihat pada video yang dikongsikan, Watie teruja membuka lima keping sampul mengandungi sebanyak RM1,000 setiap satu, selain turut mengucapkan terima kasih serta mendoakan agar suaminya itu dimurahkan rezeki.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment