13 May 2024

AL-FATIHAH - BEKAS WARTAWAN MELODI, AYAU DIJEMPUT ILAHI KETIKA TUNGGU JENAZAH IBU MENTUA



Ketika sedang menunggu jenazah ibu mentua, bekas wartawan Melodi iaitu Muhammad Zamzuri Zaini atau lebih dikenali sebagai Ayau telah dijemput Ilahi kira-kira 10 pagi tadi.
Bekas isterinya, Alita Aris memaklumkan, Ayau, 50, yang ketika itu sedang berada di Masjid Al Muhajideen, Damansara Utama, mengal@mi ser@ngan jantung dan dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara.

"Muhamad Zamzuri Zaini (Ayau) sudah kembali ke Rahmatullah lebih kurang 10 pagi tadi. Ayau berada di Masjid Al Mujahideen, Damansara Utama, sedang menunggu jenazah ibu saya untuk disolatkan dan tiba-tiba pengsan, dipercayai mengal@mi ser@ngan jantung.

"Kami membawanya ke Hospital KPJ Damansara, dan doktor sudah cuba menyelamatkannya selama lebih kurang 20 minit, tetapi gagal. Doktor percaya jantung Ayau sudah berhenti ketika di masjid lagi," tuturnya.

Difahamkan, jenazah Ayau dibawa ke Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan untuk dikafan dan disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permai, Ampang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: