Sekitar jam 4.40 petang tadi, anggota kumpulan Rabbani iaitu Mohd Nazrul Azhar Tamrin yang mengal@mi mas@lah buah pinggang sejak lapan tahun lalu itu disahkan meninggal dunia di kediamannya di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.
Berita sedih itu dikongsikan ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz yang memaklumkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur.
"Kedua-dua belah buah pinggang Nazrul sudah disahkan r0sak dan tidak berfungsi sejak lapan tahun lalu. Jadi sepanjang tempoh itu dia mengal@mi banyak kompl1kasi seperti tangan kirinya memb£ngkak hingga menghal@ng oksigen.
"Malah penglihatannya juga semakin k@bur. Tiga hari lalu saya sempat bertemu arwah dan keadaannya nampak okey dan tiada tanda-tanda kesihatannya meros0t t£ruk.
"Namun ketika anak sulungnya cuba mengejutkan arwah yang sedang tidur, tiba-tiba dia tidak sedarkan diri hingga terpaksa menghubungi ambulans.
Klik untuk gambar besar
Menurut Azadan lagi, Allahyarham Nazrul masih anggota kumpulan nasyid itu walaupun sudah lebih tujuh tahun direhatkan daripada terb@bit sebarang persembahan.
"Dia masih anggota kumpulan Rabbani walaupun kami tak benarkan dia untuk ikut buat persembahan sebab keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
"Cuma sejak kebelakangan ini dia datang menonton kami membuat persembahan," katanya.
Untuk maklukan, Nazrul yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 47 tahun itu meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment