22 May 2024
ADA S4KIT JANTUNG - JAY JAY MACAM TAK PERCAYA
Penyanyi popular era 1970-an, Jay Jay, 66, yang mengal@mi mas@lah jantung tersumb@t itu dijadualkan akan menjalani pembedahan pint@san jantung (byp@ss) di Institut Jantung Negara (IJN) pagi esok.
Mengenai keadaan Jay Jay, penyanyi nasyid yang juga penggiat industri seni iaitu Cheb Ali Masrawi berkata, dia dapat tahu berita mengenai Jay Jay dimasukkan ke IJN melalui penyanyi Rozita Rohaizad yang juga Ahli Jawatankuasa Karyawan (AJK) Persatuan Karyawan.
"Saya dan isteri (penyanyi Azura Aziz) terus ke IJN bersama Rozita untuk melawat abang Jay Jay semalam. Keadaan abang Jay Jay okay. Dia boleh bercakap dan selera makan macam biasa. Ada isteri dan anggota keluarga lain turut menemaninya di wad," ujarnya.
Dalam pada itu, jelas Azura pula, difahamkan Jay Jay tidak tahu dirinya ada menghid@p peny@kit jantung sebelum ini.
"Abang Jay Jay tak percaya dirinya ada s@kit jantung kerana tidak pernah buat 'ch£ck up' (pemeriksaan kesihatan) seumur hidupnya.
"Dia (Jay Jay) mendapat ser@ngan jantung ringan dan s£sak nafas ketika mahu menaiki bas dari Singapura ke Kuala Lumpur, baru-baru ini," katanya.
Selain itu, Azura turut memberitahu, dia dan suami yang juga AJK Persatuan Pencipta, Pelaku dan Penerbit (3P) Muzik Malaysia juga mengatur majlis doa selamat secara online (maya) untuk Jay Jay dan semua anak seni yang diuji peny@kit ketika ini.
Presiden 3P Muzik Malaysia adalah penyanyi popular era 90-an, Aris Ariwatan.
"Kami juga mohon semua peminat untuk sama-sama mendoakan pembedahan itu berjaya dan Abang Jay Jay segera sembuh," tuturnya.
Sebelum ini, Cheb Ali berkongsi berita mengenai keadaan Jay Jay yang kini dirawat di IJN kerana peny@kit jantung di aplik@si TikTok miliknya.
Antara lagu popular Jay Jay yang merupakan bekas penyanyi kumpulan Carefree ini ialah 'Rindu Bayangan' dan 'Angan Tak Sudah'.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment