22 May 2024

PERLU JALANI RAWATAN KEMOT£RAPI TAMBAHAN - NOR AZIFAH MOHON DOA



"Sekarang, keadaan kesihatan saya baik-baik saja dan stabil, namun belum beransur pulih sepenuhnya. Saya masih perlu membuat rawatan kemot£rapi tambahan sebanyak lima pusingan lagi dan esok adalah rawatan pusingan pertama.
"Mohon didoakan kesihatan saya okay untuk menjalaninya (kemot£rapi). Sebelum ini dah buat kemot£rapi, enam kali dan doktor tambah selepas pembedahan dua bulan lalu. Habis saja lima pusingan tambahan ini, saya dikehendaki melakukan rawatan radiot£rapi pula."

Demikianlah tutur pelakon drama 'Istidraj' dan 'Tujuh Warna Pelangi' iaitu Nor Azifah Zainon Abidin, 60, dimana dia yang menghid@p kans£r payud@ra tahap tiga itu akan menjalani rawatan kemot£rapi tambahan sebanyak lima pusingan lagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jelas Nor Azifah, terdahulu dia sudah pun menjalani rawatan kemot£rapi sebanyak enam pusingan dan diikuti pembedahan membuang s£l kans£r di payud@ra yang dilakukan pada Mac lalu.

Tambahnya lagi, kos rawatan yang diperlukannya sebelum ini kira-kira RM35,000, nampaknya bertambah dan dia sangat bersyukur menerima sumbangan kewangan daripada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

"Saya amat berterima kasih kepada PM di atas keprihatinan beliau menghulurkan sumbangan bagi membantu saya menerusi Setiausaha P0litiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang sudi berkunjung ke rumah saya.

"Alhamdulillah, sumbangan dihulurkan itu sangat membantu meringankan beb@nan kewangan saya untuk kos rawatan peny@kit kans£r payud@ra dihad@pi ini. Mohon juga doa ramai agar saya sihat semula.

"Saya kalau boleh nak bekerja dan rindu 'sho0ting' sebab ingin mempunyai sumber kewangan sendiri macam dulu. Tapi, sejak s@kit, saya sudah lebih setahun tidak bekerja kerana perlu rehat yang cukup selepas rawatan kemot£rapi," katanya.

Pada 26 Oktober tahun lalu, Nor Azifah dilaporkan memerlukan bantuan kewangan kira-kira RM35,000 untuk menampung kos rawatannya yang disahkan menghid@p kans£r payud@ra tahap tiga sejak Julai, tahun lalu.

Mereka yang ingin membantu Nor Azifah meringankan beb@nan kewangannya boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 114013153925 atas nama Nor Azifah Zainon Abidin.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: