09 May 2024

'BABY GIRL' SELAMAT DILAHIRKAN - SHILA AMZAH & UBAI SEPAKAT NAMAKAN 'RHEA AKIRA'



"9 May 2024. Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bert@rung nyawa demi cahaya mata tercinta.

"Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan. Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga.

"Cucu pertama arwah mak dah selamat dilahirkan. Mesti arwah mak happy ☺️ Takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat. Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini.

"Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira ❤️," tulis suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu pemp£ngaruh Ubai, di akaun Instagram miliknya, dimana dia memaklumkan, isterinya itu telah pun selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira.

Klik untuk gambar besar

Berita gembira itu dikongsikan Ubai atau nama sebenarnya, Ubaidillah Zulkefli menerusi akaun Instagram miliknya.

Kemudiannya, Shila juga turut berkongsi video sekitar kelahiran, selain meluahkan rasa syukur atas kurniaan cahaya mata perempuan ini.

"Alhamdulillah our baby girl is here, Rhea Akira 🤍 I always believe in God's timing. I trust His Plan more than anything else.
"Allahuakbar. Terima Kasih sayang for being with me @ubaimz, you've been a great papa to Seth, and now we have Rhea ✨ For more joy and laughter as a family of four!

"Alhamdulillah thank you for all the doa, all the wishes! Semoga Allah merahmati kalian semua ❤️

"Sha Doakan semua yang TTC juga akhirnya ditiupkan benih zuriat didalam rahim kalian, AllahummaBarik," kata Shila pula.
Untuk makluman, Shila dan Ubai bernikah pada 5 Ogos tahun lalu di Ampang, di sini.

Bakal ibu mentua Shila telah dijemput Ilahi sebelum majlis pernikahan berlangsung, namun ia tetap diteruskan seperti yang diamanahkan arwah inu Ubai.

Shila sebelum ini telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais, hasil perkahwinan terdahulu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: