19 May 2024

BELUM SEDIA KONGSI ISU DIDAKWA SUDAH TIMANG ANAK KETIGA - FATIN AFEEFA AKUI KINI SEDANG BERUSAHA MENJADI MUSLIM LEBIH BAIK



"Doakan yang baik-baik. InsyaAllah semoga yang baik-baik juga untuk saya dan keluarga. Tak mahu mengiyakan atau menidakkan. Saya belum bersedia untuk berkongsi mengenai perkara itu (sudah bersalin).
"Tetapi, InsyaAllah saya akan kongsikan dalam masa terdekat ini. Tunggulah, nanti saya akan beri k£jutan," ujar pelakon Fatin Afeefa.

Baru-baru ini, tiada angin tiada ribut, timbul d£sas d£sus mendakwa Fatin sudah menimang cahaya mata sulung hasil perkahwinan bersama usahawan, Alif Awang atau lebih mesra disapa Opai.

Berhubung dakwaan itu, Fatin memberitahu, dia akan berkongsikan berita gembira tersebut apabila tiba masanya nanti serta meminta mendoakan yang baik-baik.

Sementara itu, ditanya mengenai penampilannya yang kini sudah berhijab, Fatin menjelaskan, dia mula bertudung sejak tahun lalu selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah dan sedang berusaha menjadi muslim lebih baik.

"Saya pun tiada buat sebarang kenyataan bila dan punca saya tergerak hati untuk bertudung. Saya tak nak orang kata saya menungg@ng agama.

Klik untuk gambar besar
"Saya selalu bagitau yang saya kini sedang beritahu menjadi muslim yang terbaik. Adakalanya saya memakai jubah dan bertutup habis, ada masa pakaian saya biasa-biasa saja," katanya.

Dalam pada itu, Fatin juga memaklumkan, dia sekarang memilih untuk tidak banyak berkongsi mengenai hal kehidupan rumah tangga dan keluarganya di media sosial kerana ingin menjalani hidup dengan tenang.

Untuk makluman, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam sebuh majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon, Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun sah bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan kedua itu, pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 7. Bahkan, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: