07 May 2024

DJ DAVE AKUI MASIH TERK£JUT DENGAN PEMERGIAN ALLAHYARHAM HAIL AMIR : "SUARA DIA SANGAT MERDU & DIA SAJA ADA SUARA BEGITU"



"Memang saya tahu dia s@kit sejak enam tahun lalu, tapi dia masuk hospital kali ini memang lambat dapat tahu. Sabtu lalu anaknya maklumkan kepada saya dan semalam (kelmarin) saya datang ziarah.
"Kami sempat bergurau. Dia kenal saya ketika ditegur. Malah, saya kenang kembali zaman ketika kami muda dan dia masih ingat ketika itu."

Itulah kongsi penyanyi yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave yang akui masih terk£jut dengan pemergian Datuk Hail Amir, semalam.

Jelas Dave, dia juga tidak mengetahui sahabatnya itu sudah dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu akib@t mas@lah pada bahagian paru-paru.

Menurutnya, kali terakhir dia dan Allahyarham Hail Amir berkongsi pentas adalah sekitar dua tahun lalu.

"Arwah seorang yang sangat baik hati. Kami berkongsi pentas buat kali terakhir apabila saya jemput dia menyanyi bersama dalam konsert dua tahun lalu.

"Dia seorang yang sentiasa tersenyum dan baik hati. Suara dia sangat merdu dan dia saja ada suara begitu," tuturnya.

Dalam pada itu, Dave berkata, pemergian Hail Amir adalah satu kehilangan besar dalam industri seni tanah air.

"Apabila berita arwah s@kit mula ters£bar, saya cuba dapatkan bantuan agar dapat dipindahkan ke wad lebih selesa kerana ramai datang melawat.

"Tapi hari ini tak sempat hendak pindah wad, arwah dah meninggal dunia. Saya sangat terk£jut. Kami cuba bantu dalam pengurusan arwah," katanya.

Untuk makluman, Hail atau nama penuhnya, Abdul Hail Amir disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, kira-kira jam 3:48 petang semalam akib@t jangk1tan paru-paru.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: