07 May 2024

AYU RAUDHAH DEDAH KINI HAMIL ANAK KETUJUH, BAKAL BERSALIN JULAI NANTI



"Alhamdulillah iya betul, saya sedang hamil anak ketujuh. Segan sebenarnya nak bercerita panjang, iya lah anak ketujuh kan. Sekarang dah masuk tujuh bulan.
"Perut pun dah besar tak boleh nak sorok. Siapa perasan itu, mereka perasan lah. Minta semua doakan yang baik-baik ya. Kepada peminat yang sentiasa ingat saya itu, saya ucap terima kasih banyak-banyak."

Demikian dedah pelakon Ayu Raudhah yang mengesahkan dia kini sedang hamil anak ketujuh, selain berkongsi, usia kandungannya sudah mencecah tujuh bulan dan bakal menimang bersalin pada Julai nanti.

Menerusi video dikongsikan oleh pemp£ngaruh media sosial, Rosix Omar, Ayu yang baru saja menimang cahaya mata keenam pada Mei tahun lalu turut meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya serta kandungan barunya itu.

Dalam pada itu, isteri kepada bekas pemain bola sepak Zaquan Adha itu memberitahu, sepanjang tempoh kehamilan, dia tidak mengal@mi sebarang al@han.

"Saya memang tiada al@han sangat pun. Sejak hamil anak pertama lagi, sangat jarang ada al@han yang t£ruk atau an£h-an£h. Insya-Allah, baby akan bersalin hujung bulan tujuh (Julai) macam itu," tutur Ayu yang mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011.

Untuk makluman, hasil perkongsian hidup bersama, Ayu dan Zaquan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, dan Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam kini berusia setahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: