25 May 2024

DJ DAVE JELAS JAY JAY TETAP TERSENYUM WALAUPUN S4KIT



Penyanyi Jay Jay, 67, yang menjalani pemb£dahan pint@san jantung di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini dilaporkan kini dalam keadaan stabil di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tempatan (YKAT) iaitu Datuk DJ Dave telah melawat penyanyi popular era 1970-an serta meluahkan rasa syukur melihat keadaan Jay Jay yang sudah mampu tersenyum.

"Alhamdulillah saya dapat melawatnya. Meskipun dalam keadaan s@kit tapi dia tetap mengukir senyuman. Sama-samalah kita mendoakan agar dia segera sembuh," tuturnya.

Pada lawatan itu, YKAT menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000 kepada Jay Jay.

Klik untuk gambar besar
Jay Jay yang popular dengan lagu 'Joget Angan Tak Sudah' itu juga memberitahu agar tidak perlu gus@r kerana pihak IJN, doktor-doktor dan jururawat menjaga dan memantaunya dengan baik.

Pembedahan terb@bit dilaporkan berlangsung selama enam jam dimana ia dikendalikan Prof Datuk Dr Mohamed Ezani Md Taib.

DJ Dave juga sempat menghubungi dan berbual dengan Jay Jay pada Rabu lalu sebaik mengetahui dia berada di IJN.

Selain itu, DJ Dave bercadang melawat dan memberi sumbangan kepada Jay Jay.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: