"Saya memang serahkan rezeki kepada Allah SWT dan Alhamdulillah sambutan yang kami terima daripada penonton hingga kini masih hangat meski belum sebulan ditayangkan."
Itulah ujar penerbit, pengarah dan pelakon Yusof Haslam yang meluahkan rasa syukur apabila filem 'Sheriff: Narko Int£griti' arahan anaknya, Syafiq Yusof terus mengungguli carta teratas pawagam di seluruh negara dengan meraih kutipan mencecah RM60 juta walaupun belum sampai sebulan ditayangkan.
Pengerusi Skop Productions merangkap Penerbit Eksekutif bersama filem tersebut, Datuk Yusof Haslam berkata, ini merupakan rezeki yang tidak ternilai harganya setelah kru produksinya berh£mpas pul@s dalam menghasilkan filem aksi itu.
Tambah Yusof lagi, filem 'Sheriff' itu bakal menembusi pawagam di negara jiran, Indonesia bermula 22 Mei ini.
"Filem di pawagam sekarang agak sur@m sambutannya, jadi ini satu perkembangan yang bagus untuk industri filem dan lebih indah lagi pada 22 Mei ini cerita tersebut akan mula ditayangkan di Indonesia," katanya.
Sementara itu, banyak kom£ntar p0sitif diberikan terhadap filem itu di laman X dengan rata-rata menyatakan ia tidak cukup ditonton hanya sekali.
"Kita dua kali dah tengok cerita ini... Plot twist paling epik tapi unik... Dari awal hingga akhir semuanya tak dijangka siapa jah@t siapa baik... Rate untuk Sheriff saya bagi 12/10...," menurut @Mfrds1426.
Manakala, bagi @afiqah93 pula, filem itu sangat berbaloi untuk ditonton kerana jalan ceritanya yang tidak klise, selain semua pelakon menunjukkan hasil lakonan yang mantap.
Filem 'Sheriff' yang membariskan pelakon seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan mengisahkan anggota polis dari Jabatan Int£griti iaitu Sheriff bergandingan dengan Nazri, seorang anggota polis muda dari Jabatan Nark0tik untuk menump@skan sind1ket dad@h Tony Ifrit.
Sebelum ini, filem 'Mat Kilau' arahan seorang lagi anak Yusof iaitu Syamsul Yusof juga melakar sejarah apabila mencatat kutipan RM97 juta pada 2022, sekali gus meletakkannya sebagai filem dengan kutipan tertinggi di negara ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment