23 May 2024

HISYAM HAMID KATA JALAN TERBAIK TIDAK LAGI JADI SUAMI ISTERI : "BUAT MASA INI KAMI SELESA BERKAWAN BAIK"



Pelakon yang berasal dari Singapura, Hisyam Hamid, 39, tampil mengulas mengenai hubungannya dengan isteri, Mel Rose Hanafi, dimana mereka sudah membawa haluan sendiri, serta mahu terus fokus ke depan.
"Saya tak mahu hanya kerana satu detik hitam yang berlaku antara kami akan memusnahkan hubungan persahabatan ini. Buat masa ini kami rasa jalan yang terbaik adalah tidak lagi menjadi suami isteri.

"Kami sama-sama ada tanggungjawab terhadap anak-anak dan mereka juga berada di bawah penjagaan saya," jelasnya yang turut memberitahu, sepanjang hampir 20 tahun berumah tangga, banyak peng0rbanan yang dilakukannya.

"Tak ada yang sal@h atau neg@tif untuk kami teruskan demi anak-anak. Apa yang berl@ku sudah berl@ku. Buat masa ini kami selesa berkawan baik. Tapi, untuk lebih dari itu saya tak pasti, masa yang akan menentukan.

"Pada akhirnya dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Hampir 20 tahun kami bersama, tidak semuanya burvk dan neg@tif. Banyak benda p0sitif yang kami lalui.

"Dia melahirkan dua anak saya, itu adalah satu peng0rbanan besar. Detik-detik itu saya hargai dan hormat dia," katanya.

Dalam pada itu, Hisyam juga berkata, dia enggan menjadi contoh burvk buat anak-anaknya kerana tidak mahu menj£jaskan em0si serta mental mereka.

"Sejak dulu, apa saja yang saya buat, saya akan pastikan tidak ada kontr0versi yang menj£jaskan anak-anak saya. Saya mahu beri contoh terbaik pada mereka.

"Begitu jugalah bila hal ini ditanya, saya tak mahu pada akhirnya berita itu memberi k£san pada mereka atau mereka tahu dari sumber lain," katanya.

Untuk makluman, Hisyam dan Mel atau nama sebenarnya, Rosmawati Hanafi berkahwin pada 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.

Pada Oktober lalu, Hisyam menafikan dakwaan mengenai perceraian antara mereka dan mengambil pendekatan untuk tidak terlalu berkongsi kisah peribadi di media sosial.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: