07 May 2024

"KEHILANGAN ARWAH (HAIL AMIR) MEMBERI K£SAN BESAR BUAT SAYA... INI KERANA KAMI BUKAN SETAKAT RAKAN DUET, TETAPI SUDAH SEPERTI KELUARGA" - UJI RASHID



Penyanyi Uji Rashid menyifatkan kehilangan rakan baiknya yang juga rakan duet, penyanyi era-70 an, Allahyarham Datuk Hail Amir akib@t jangkitan paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira jam 3.48 petang semalam cukup memberi k£san buatnya.
Kata Uji, keadaan kesihatan Hail mer0sot sejak akhir-akhir ini sehinggalah dimasukkan ke HKL pada Jumaat lalu.

"Semalam saya berkesempatan melawatnya. Keadaannya lem@h dan sudah tidak kenal orang. Tapi, bila duduk lama-lama dengannya dan cuba bercakap, arwah bal@s cuma suaranya tak jelas.

"Sepanjang arwah dirawat di HKL, hampir setiap hari saya menziarahinya," kongsi Uji yang turut memberitahu, Allahyarham Hail Amir masih gigih menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) pada Ramadan lalu, meskipun keadaan kesihatannya sudah mer0sot

"Arwah masih boleh hadir majlis berbuka puasa, cuma keadaannya agak uzur, jadi lebih banyak duduk. Kehilangan arwah memberi k£san besar buat saya. Ini kerana kami bukan setakat rakan duet, tetapi sudah seperti keluarga.

"Saya kenal dengan arwah sejak di bangku sekolah. Saya juga bukan saja rapat dengan arwah, tetapi ahli keluarga lain termasuk ibu dan adik-beradiknya. Saya juga mengenali ibu dan bapa isterinya.

"Begitu juga arwah, beliau juga mengenali ibu dan adik-beradik saya. Jadi, pemergian arwah sudah tentu satu kehilangan besar buat saya," tuturnya.

Sebelum ini, Uji dan arwah Hail Amir pernah berduet menerusi lagu 'Antara Matamu dan Mataku', 'Menunggu Nasi Minyak', 'Daku Kau Lupakan' dan banyak lagi.

Dalam pada itu, ujar Uji, biarpun tidak lagi bekerjasama, tetapi hubungannya bersama arwah Hail Amir masih baik sehingga kini.

Malah, Uji berkata, dia juga akrab dengan isteri Allahyarham Hail Amir iaitu Datin Safiah Ibrahim.

"Ketika arwah masih sihat, kalau keluar makan bersama keluarganya, dia akan minta anaknya untuk hubungi saya dan ajak saya sertai mereka.

"Jadi mewakili keluarga arwah, saya mohon kepada semua dapat maafkan kesal@han Allahyarham Hail jika ada terl@njur kata," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: