02 May 2024

KINI STATUS 'BERLIAN' DI MATA PEMINAT - BELLA ASTILLAH LUAH RASA SYUKUR



Kejayaan pelakon dan penyanyi Bella Astillah, 30, yang berjaya mengharumkan namanya dengan mewakili Malaysia di acara Wuhu Shenshan Music Festival 2024 di China pada malam Selasa lalu, disifatkan sebagai 'berlian' yang bersinar gemerlapan dan kini terbang tinggi hingga ke China oleh peminatnya.
"Teruslah terbang tinggi Bella, kamu adalah berlian yang bersinar terang."

"Jangan main-main dengan netizen Malaysia, kalau jahat sampai terduduk mereka akan buat. Tapi, kalau baik macam Bella, sampai ke China dihantar (didoakan). Jalan terus Bella," komen beberapa netizen.

Rata-rata komen pembak@r semangat yang ditinggalkan netizen, mahu ibu kepada dua cahaya mata itu terus melangkah maju dan tidak menoleh ke belakang lagi.

Kebanyakan netizen beranggapan Bella membuat keputusan tepat dengan memberi fokus kepada kerjaya sekali gus, rezeki yang dikurniakan untuk anak-anaknya di atas uj1an rumah tangga dihad@pi.

"Allah dah bagi uj1an melalui pasangan, tapi Allah sayang dan gantikan dengan beri rezeki yang tidak terduga. Bersangkalah baik dengan Tuhan," ingatan tulus ikhlas netizen buat Bella.

Sementara itu, Bella menerusi hantaran ringkas yang dikongsikannya di Instagram, meluahkan rasa syukur di atas doa semua terhadap dirinya dan gembira sudah buat terbaik dalam persembahan itu.

"Terima kasih kepada kesayangan semua yang selalu bagi 'support' (sokongan) dan mendoakan Bella. Alhamdulillah!" kata wanita cekal yang kini masih berada di China itu.

Pada persembahan bertaraf antarabangsa itu, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, menyanyikan lagu Mandarin popular, 'Zheng Fu' serta lagu rakyat, 'Sumandak Sabah' yang berjaya menarik perhatian penonton.

Difahamkan Bella berada di China selama 10 hari di atas urusan kerja itu dan juga acara muzik berprestij terb@bit memberi peluang kepadanya menghiburkan penonton daripada 80 negara di seluruh dunia.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: