Nasib bekas anggota kumpulan Rabbani iaitu Nazrul yang menghidap penyakit buah pinggang sentiasa mendapat perhatian rakan-rakan serta anggota nasyid itu.
Jelas Azadan yang mewakili Rabbani, pihaknya tetap mengagihkan hasil persembahan mereka kepada Nazrul walaupun tidak lagi bersama mereka.
Pada minggu lalu, Azadan bersama beberapa anggota Rabbani menziarahi Nazrul yang menghidap peny@kit itu sejak lapan tahun lalu.
"Dia memang dah tujuh ke lapan tahun tak bersama kami, tapi setiap kali ada persembahan, hasil daripada persembahan itu memang kami akan bahagikan.
Klik untuk gambar besar
"Walaupun dengan keadaan kesihatan dia sekarang yang tak mengizinkan, sebahagian daripada rezeki itu kami bahagikan lapan orang. Begitu juga dengan pembahagian r0yalti," tuturnya.
Sementara itu, Azadan juga memberitahu, Nazrul yang kini dijaga oleh isterinya itu dirawat di rumah, memandangkan penglihatannya semakin k@bur di samping tangan yang semakin memb£ngkak.
"Kalau dahulu, dalam empat ke lima tahun sebelum ini dia kerap keluar masuk hospital. Sekarang, kalau dia masuk hospital pun disebabkan kompl1kasi.
"Dia dijaga isterinya, yang juga bertugas sebagai guru Kafa selain menerima sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor. Dia boleh bergerak, cumanya matanya tak berapa jelas dah dan tangannya pun bengkak-bengkak," jelas Azadan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment