19 May 2024

"PADA SAYA, PENTINGLAH KALAU ORANG YANG NAK MENDEKATI ITU UNTUK ADA KESERASIAN... KALAU KITA TAK ADA 'RASA' DEKAT DIA, MACAM MANA" - ELLIE SURIATY



"Saya fokus kepada anak-anak dan kerjaya. Pada saya, pentinglah kalau orang yang nak mendekati itu untuk ada keserasian. Kalau kita tak ada 'rasa' dekat dia, macam mana."
Demikian tutur pelakon Ellie Suriaty, 53, dimana dia mementingkan keserasian jika ada lelaki yang ingin mendekati dan mengenalinya sebagai pasangan hidup.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada pelakon Azri Iskandar ini memberitahu, tumpuannya juga kini adalah kepada kerja dan anak-anak, selain berkata, dia juga adalah seorang individu yang jarang keluar dari rumah sekiranya tidak ada urusan berkaitan kerja.

"Saya hanya keluar rumah untuk urusan kerja. Jadi, nak jumpa orang macam mana. Untuk sekarang saya fokus anak-anak dan kerjaya," ujarnya.

Difahamkan, Ellie kini sedang membantu menguruskan persiapan untuk majlis perkahwinan bekas suaminya dengan bakal isteri, Datuk Noora Kay.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: