11 May 2024
PEGANG JANJI ARWAH NENEK AZRI ISKANDAR - ELLIE SURIATY BANTU PERSIAPAN KAHWIN BEKAS SUAMI, YAKIN DATUK NOORA MAMPU BAHAGIAKAN
Pelakon Ellie Suriaty mendedahkan pada tahun ini, bekas suaminya iaitu pelakon Azri Iskandar bakal menamatkan zaman dudanya bersama kekasihnya dikenali sebagai Datuk Noora Kay.
Kata Ellie, persiapan perkahwinan bekas suaminya itu akan dilakukan olehnya kerana dia memegang janji arwah nenek Azri untuk menjaga bekas suaminya itu sehingga sal@h seorang dari mereka meninggal dunia.
"Mereka sedang buat persiapan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat dan saya mewakili Azri bagi persiapan pihaknya.
"Azri dah jumpa keluarga Nora untuk merisik dan selepas ni terus menikah saja. Kalau ikut perancangan pada tahun ini. Kenapa saya jadi orang tengah Azri sebab dia tiada orang lain, Azri dibesarkan oleh nenek tapi dia dah meninggal dunia.
"Janji saya pada nenek untuk kekal bersama sampai sal@h seorang antara kami m@ti, tapi saya tak dapat tunaikan janji itu sebab jodoh kami tak panjang," jelasnya.
Sementara itu, Ellie berkata, selepas dia bertemu dengan kekasih Azri iaitu Datin Noora Kay, dia yakin wanita tersebut mampu bahagiakan bekas suaminya itu.
"Memang betul sebelum ini Azri ada ramai teman wanita tapi apa pun dia akan bertanya pada saya, walaupun sudah berpisah kami tetap tanya pendapat antara satu sama lain untuk keharmonian anak-anak.
"Saya pernah cakap pada Azri saya tak setuju dengan pilihan dia sebelum ini, saya ada penilaian kena okay dengan anak-anak, teman wanita dia sebelum ini semua f@ke nak terima anak-anak," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment