"Saya tahu dia tidak sek£jam itu terhadap kami walaupun kami sudah tidak mempunyai hubungan. Saya tahu dia baik. Dia seorang yang bertanggungjawab. Hubungan kami selepas ini pun baik-baik sahaja, tak ada mas@lah. Insya-Allah."
Ujar bekas isteri pertama usahawan yang juga 'tikt0ker', Datuk Red iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau Datin Red dalam keadaan sebak, dimana dia berkata, hubungannya bersama bekas suaminya itu akan kekal baik seperti mana sebelum ini.
Dalam pada itu, Datin Red turut menjelaskan, dia membuat keputusan tidak menuntut sebarang nafkah daripada Datuk Red kerana memahami keadaan bekas suaminya yang kini berada dalam kesus@han.
"Sebab saya tahu dia dah mufl1s, tak apalah saya cari nafkah sendiri sahajalah untuk anak-anak saya, itu sajalah saya nak cakap. Saya tak nak menyus@hkan dia dan saya sentiasa menyokong dia," tuturnya sambil menangis teresak-esak.
Sebelum ini, rumah tangga Datuk Red bersama isteri pertama itu berakhir dengan perceraian talak satu pada jam 10.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor, pada Selasa.
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Klik untuk gambar besar
Perkara tersebut diketahui umum apabila Datin Red memuat naik foto ketika dia berada di luar kamar mahkamah dengan kapsyen mengenai ketentuan takdir.
Selain Datin Red, isteri kedua kepada Datuk Red iaitu penyanyi Adira Suhaimi turut memfailkan penceraian pada 25 Oktober tahun lalu dan bercerai pada 24 April lalu.
Untuk makluman, Datuk Red mempunyai lima orang cahaya mata, hasil perkahwinan bersama bekas isteri pertama, Datin Red.
Manakala hasil perkongsian hidup bersama bekas isteri kedua pula, Datuk Red yang berkahwin dengan Adira di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015, dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment