16 May 2024
T4KUT DIBOIK0T & RUG1 - D'AYU TOLAK PELAKON YANG BERMAS4LAH & TERB4BIT DENGAN ISU M0RAL MEMBINTANGI FILEM TERBITANNYA
"Kalau buat drama jual kat TV, stesen yang akan bayar. Tapi kalau filem, saya t@kut penonton tak datang. Jadi, macam mana nak ambil (pelakon bermas@lah) ini berlakon.
"Perkara ini penting dan perlu dilihat secara mendalam. Nanti netizen boik0t filem saya sedangkan saya dah banyak keluarkan wang buat filem. Rug1lah saya.
"Saya akan nilai dari sudut kontr0versi dulu sebelum fikir aspek bakat. Saya t@kut terj£jas filem tak laku dan akhirnya syarikat saya ditutup."
Itulah jelas pemilik syarikat produksi D'Ayu Pictures, Datuk Rosmarayu Mokhtar yang menolak pelakon yang bermas@lah dan terb@bit dengan isu m0ral membintangi filem terbitannya.
Kata Rosmarayu, penerbitan filem beris1ko tinggi kerana perlu dijual kepada penonton berbanding drama TV yang ditayangkan secara percuma.
Menurutnya lagi, dia akan bertind@k merujuk kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan orang lama seperti Datuk Yusof Haslam yang dianggap gurunya sebelum mengambil seseorang pelakon berlakon dengan produksinya.
Dalam perkembangan berkaitan, D'Ayu Pictures yang sebelumnya peng£dar filem, kini aktif menerbitkan filem sendiri.
Klik untuk gambar besar
"Kami dah buat filem 'Perjalanan Pertama' (usahasama Malaysia Indonesia), 'Daddyku Gangster', 'Harum Malam' (terbitan bersama Apparat dan Skop), 'Waruga', 'Kutukan Ilmu Hitam', 'Anak Medan' dan 'Sajen Satu Suro' (dua filem Indonesia sedang proses suntingan hasil kerjasama dengan syarikat produksi di sana).
"Saya dah buka syarikat produksi di Indonesia iaitu D Ayu InternationalCompany (DIC). Filem kita tak boleh masuk ke sana tapi saya cuba cari rakan kongsi di Indonesia dan buka pejabat di sana.
"Kami dalam peringkat pra-produksi filem genre seram berjudul 'Bayi Terakhir'. Ia menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia. Ada dua pelakon Malaysia dan saya sedang nak melamar mereka.
"Tak boleh umumkan terlalu awal kerana nanti mereka akan 'dem@nd' harga. Pengarahnya juga dah dikenal pasti dari Indonesia. Penggambaran dijangka Ogos ini," katanya.
Difahamkan, Rosmarayu kini berada di Perancis bagi menyertai Festival Filem Cannes yang sedang berlangsung sekarang.
"Saya berhasrat nak bawa filem kita ke luar negara. Ada 38 filem tempatan yang saya bawa bersama untuk diketengahkan di sana," tuturnya
Sementara itu, Rosmarayu baru-baru ini telah menganjurkan Rumah Terbuka yang berlangsung dari jam 12.30 tengahari sehingga jam 6 petang, dimana ia dihadiri lebih 600 penggiat seni.
"Sebenarnya dah lima tahun saya tak buat majlis begini. Kebetulan rumah ini dikira baru siap, jadi saya buatkan kenduri sekali dengan Rumah Terbuka.
"Saya juga ambil kesempatan beri sumbangan kepada 30 penggiat seni veteran yang kurang dapat tawaran berlakon. Saya kasihan mendengar rint1han mereka yang tiada tawaran.
"Saya rasa kasihan dan suruh Presiden Seniman, Zed Zaidi kumpulkan beberapa nama untuk beri bantuan. Kalau saya ada produksi drama, dah lama saya ambil mereka berlakon.
"Mereka antaranya Nor Azifah, Emma Akma, Datin Fadilah Mansor, Hamidah Wahab, Zuraini Kassim, Rahim Kidol, Rozie Othman, Shaharudin Tambi, Fazli Zainal, Rashidah Jaafar, Chef Yang Jamil dan ramai lagi," ujarnya.
Artis sens@si Bella Astillah turut diundang menyampaikan lagu bagi menghiburkan tetamu di majlis berkenaan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment