11 May 2024
ZUL FAZLI @ MAMU GALAS VOKAL XPDC MILITIA - ALI DIREHATKAN : "BAH4YA UNTUK DIA JIKA KAMI TERUS D£SAK DIA MENYANYI"
"Mamu adalah pilihan yang tepat untuk bersama XPDC Militia buat masa ini. Kami pun dah saling mengenali sebelum ini dan mudah untuk bekerjasama.
"Kami akur dalam keadaan sekarang Ali tak boleh dipaksa untuk menyanyi dan perlu berehat. Bah@ya untuk dia jika kami terus d£sak dia menyanyi.
"Dalam masa sama, kami pun sus@h nak bergerak jika keadaan ini terus berl@rutan. Jadi, kami lebih nak memperkenalkan Mamu sebagai penyanyi XPDC Militia sekarang."
Itulah jelas pemain bass, Eddie yang memaklumkan, mereka bakal tampil bersama penyanyi Zul Fazli atau lebih dikenali sebagai Mamu untuk menghiburkan peminat.
Kumpulan XPDC Militia yang terb@bit dalam Loop Music Festival 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil, esok akan beraksi menggunakan khidmat penyanyi jemputan itu bagi menggantikan tempat Ali yang mengal@mi mas@lah kesihatan.
Difahamkan, Mamu sebelum ini pernah bersama dengan Prime Domestic yang diketuai Jo Branko.
Ujar Eddie lagi, mereka merehatkan Ali atas mas@lah kesihatan yang berlanjutan dan bukan bertujuan menamatkan karier nyanyiannya.
"Tiada langsung istilah 'bersar@kan' dia. Lagipun dia memang nak sangat menyanyi tapi kami tak benarkan dan tak nak ambil ris1ko dengan keadaan kesihatannya sekarang.
"Kalau apa-apa berl@ku semasa persembahan memang sus@h nanti. Dalam keadaan sekarang, penganjur pun tak yakin untuk panggil kami buat persembahan.
"Namun, mungkin kalau ada persembahan, kami akan bagi peluang Ali menyanyi satu atau dua lagu, manakala selebihnya dinyanyikan oleh Mamu," katanya.
Dalam pada itu, XPDC Militia turut berjanji sekiranya ada persembahan, Ali tetap akan menerima sebahagian daripada bayarannya walaupun dia tidak beraksi.
Selain Eddie dan Ali, kumpulan tersebut turut dianggotai Izo (gitar), dan Lola (drum).
Terdahulu, pada 18 April lalu, Ali dikejarkan ke wad kecem@san, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang kerana mengal@mi s£sak nafas di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi.
Ali seterusnya tidak dapat melakukan pemeriksaan CT Scan (imbasan tom0grafi berkomputer) untuk mas@lah jantung b£ngkak pada 30 April lalu kerana keadaannya terlalu lem@h.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment