Adik kepada pelakon Meerqeen iaitu Shafeeq telah memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.
Berhubung itu, Meerqeen berkata, dia sudah berjanji untuk memberikan hadiah kereta buat adiknya ini bagi memudahkannya untuk ke universiti.
"Ada, saya dah janji dengan dia sebelum peperiksaan percubaan lagi, sebab dia main ragbi. Dia bermain di Keramat dan kami pula tinggal di Bangi.
"Jadi setiap kali dia main ragbi, kami akan hantar dia atau dia sendiri menaiki pengangkutan awam seperti LRT.
"Saya cakap dengan dia nanti selepas SPM ambil lesen memandu, memang saya dah berjanji dengan dia.
"Saya cakap mahu beli kereta supaya senang untuk dia bergerak, senang untuk ke universiti nanti," tuturnya.
Dalam pada itu, ditanya jika adiknya mahu menc£burkan diri dalam dunia hiburan, Meerqeen memberitahu yang dia tiada mas@lah, sebaliknya menyokong apa saja minat adiknya itu.
"Saya hanyalah seorang abang sahaja, dia pun sudah besar dan tahu macam mana nak atur hidupnya.
"Saya tidak suka mengatur hidup orang jadi kalau dia berminat, masuk sahajalah. Insya-Allah, rezeki itu ada di mana mana.
"Andai kata tiada pun tak mengapa sebab sekarang pun peluang pekerjaan dah banyak bukan sahaja dalam industri hiburan tapi di luar sana pun sama.
"Kalau dia ada masuk dalam dunia seni, saya sebagai abang akan tolong dia," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment