01 June 2024

SYAFIQ YUSOF REDA 'SHERIFF' GAG4L DAPAT SAMBUTAN DI INDONESIA



"Filem 'Sheriff' tidak mendapat sambutan di Indonesia. Jadi, banyak tayangan diturunkan secara dr@stik. Apapun, saya berterima kasih kepada CGV Cinemas kerana membuka pintu dan memberi peluang untuk filem Malaysia ditayangkan di sana. Terima kasih Indonesia."

Itulah kata pengarah filem 'Sheriff: Narko Integriti' (Sheriff) iaitu Syafiq Yusof, dimana dia reda apabila filem berkenaan gag@l mendapat sambutan di Indonesia sejak mula ditayangkan di 100 pawagam di sana mulai 23 Mei lalu.

Syafiq yang berkongsi perkara itu menerusi satu ci@pan di aplik@si X, semalam, berkata, walaupun tayangan filem itu ditamatkan secara dr@stik, namun dia tetap berfikiran p0sitif dan berterima kasih atas peluang yang diberikan.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen, mendapati rata-ratanya berpandangan cita rasa penonton di Indonesia tidak sama dengan negara ini.

"Selera mereka mungkin lebih kepada cerita s£ram. Eksp£ktasi (jangkaan) mereka sangat tinggi. Sus@h nak tawan hati penonton sana," tulis netizen.
Difahamkan, setakat ini, kutipan tiket filem 'Sheriff' itu di negara ini sudah mencecah RM60.5 juta.

Jumlah kutipan itu juga meletakkan filem terbitan Skop Production dan Astro Shaw ini sebagai filem tempatan nombor satu tahun 2024.

'Sheriff' menampilkan lakonan Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: