05 June 2024

DALAM TEMPOH 11 BULAN - ANAK SULUNG AIDID MARCELLO BERJAYA HAFAL 30 JUZUK AL-QURAN



"Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Bagi kami ayah dan ibu, tiada apa lagi hadiah yang lebih berharga jika nak dibandingkan dengan apa yang Iman berikan kepada kami.
"Terima kasih Iman kerana menjadi anak yang taat dan berjaya mengh@rungi pelbagai uj1an dan cab@ran sepanjang proses hafazan ni."

Demikian tulis personaliti televisyen, Aidid Marcello yang meluahkan rasa syukur dengan pencapaian anak lelaki sulungnya, Muhammad Iman yang berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 11 bulan.

Aidid yang berkongsi perkara itu menerusi Instagram, menyifatkan kejayaan anaknya ini adalah hadiah paling berharga buat dirinya dan juga isteri, Norzie Pak Wan Chek.

Selain itu, Aidid turut berdoa semoga Iman terus menjadikan al-Quran sebagai sahabat terbaiknya sehingga ke hujung usia.

"Semoga Iman terus berjaya dan jadikan al-Quran sebagai sahabat terbaik sehingga ke penghujung usia. Jangan lupa daddy dan mummy bila kami dah tiada nanti.

"Ingat, Iman anak sulung lelaki kami. Bacaan Quran dan doa anak yang soleh sahaja yang mampu membantu kami kelak," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: