02 June 2024

DUA ANAK SUDAH CUKUP DI USIA SEKARANG - SITI NURHALIZA BERH4TI-H4TI DENGAN PEMAKANAN AAFIYAH & AFWA YANG AL4MI AL4HAN MAKANAN TERTENTU



"Alhamdulillah, Allah sudah kurniakan kami dua cahaya mata. Saya juga mahu fokus untuk membesarkan Aafiyah dan Afwa. Jauh di sudut hati, kalau 'kuat' nak juga seorang lagi anak. Kalau saya muda lagi mungkin ada penambahan. Aafiyah juga ada minta adik perempuan. Tapi pada usia sekarang, dua cukuplah."

Itulah jelas penyanyi tersohor dan juga ahli perniagaan, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 45, dimana dia tidak merancang menambah anak pada usia sekarang kerana mahu fokus membesarkan dua zuriat dan kesihatan dirinya.

Meskipun sibuk dengan kerjaya seni dan perniagaan, Siti memberitahu, dia sangat menjaga pemakanan dua anaknya iaitu Siti Aafiyah, 5, dan Muhammad Afwa Khalid, 3, yang semakin membesar.

Kata Siti, dia sangat berh@ti-h@ti dengan pemakanan dua anaknya kerana mereka bukan saja masih kecil, tapi ada al@han pada makanan tertentu.

Klik untuk gambar besar

"Saya agak memilih dalam pemakanan anak kerana mereka juga mempunyai al@han terhadap makanan seperti udang dan telur. Aafiyah al@han pada udang dan Afwa pula telur.

"Walaupun ada pembantu rumah, saya akan memantau makanan yang dimasak untuk anak supaya cukup nutrisi dan sebagainya," tuturnya yang turut berkongsi soal pemakanan anak lagi, dimana dia juga akan membawa periuk nasi jika mereka sekeluarga bercuti ke luar negara.

"Anak terutama Aafiyah cer£wet sikit s0al makan dan lebih suka makanan yang dimasak sendiri. Justeru, setiap kali bercuti ke luar negara, saya akan bawa periuk nasi kecil dan rempah ratus untuk dimasak seperti pasta. Bahan mentah lain seperti daging atau ayam halal mudah didapati di luar negara," katanya.

Walaupun memiliki dua pengasuh, Siti berkata, apabila ada kelapangan dia akan memasak untuk dua anaknya.
"Jika tak sempat, pengasuh yang akan ambil alih memasak. Saya juga akan bertanya mereka masak menu apa untuk anak setiap hari. Saya juga mahu tahu apa yang mereka masak untuk anak, apa yang anak suka makan dan sebaliknya.

"Pengasuh yang menjaga Aafiyah juga memiliki kelulusan dalam penjagaan awal kanak-kanak dan Afwa pula dijaga jururawat. Mereka bukan saja mengasuh tapi mendidik anak dalam pelajaran," jelasnya.

Selain itu, Siti juga berkongsi pengalaman melahirkan dua anaknya, dimana katanya, dia berd£dan keadaan yang agak suk@r selepas melahirkan Aafiyah sebelum ini.

"Selepas bersalin Aafiyah, saya mengal@mi tump@h dar@h kerana ur1 mel£kat. Selepas lahirkan Afwa pula, saya al@mi kes@kitan t£ruk pada tulang ekor. Saya juga baru nak betulkan semula waktu tidur, jadi memang tak berhasrat tambah anak," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: