25 June 2024

ISTERI IPPO HAFIZ RINDU ANAK KEDUA : "SAYA NAK TAHU DI MANA ANAK SAYA, IBRAHIM AFI NUR? DAH LAMA TAK JUMPA DIA SEJAK FEBRUARI SAMPAILAH SEKARANG"



Isteri kepada komposer dan penyanyi, Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan, 36, akui dia sangat merindui anak keduanya, Ibrahim Afi Nur, 2, yang tinggal bersama Ippo, apabila sehingga kini dia masih tidak dapat berjumpa anak keduanya itu.
Kata Fara, sehingga kini, dia gag@l menghubungi Ippo untuk bertanyakan mengenai Ibrahim apabila segala usaha menerusi panggilan telefon dan mesej yang dikirim tidak mendapat sebarang jawapan.

"Saya nak tahu di mana anak saya, Ibrahim Afi Nur? Dah lama tak jumpa dia sejak Februari sampailah sekarang. Sebagai ibu, saya sangat-sangat rindukan Ibrahim. Sebenarnya, saya hanya nak selesaikan hal berkenaan anak saja.

"Ini kerana saya nak sangat berjumpa Ibrahim. Kiranya dari sambutan Tahun Baru Cina, Aidilfitri dan baru-baru ini, Aidiladha, masih tak jumpa Ibrahim. Saya rindu dan sedihnya lagi, di mana anak saya, Ibrahim berada? Itu yang saya nak tahu.

"Saya ada hubungi suami (Ippo) tapi dia tetap tak angkat, mesej pun tak 'reply' (bal@s). Saya memang tidak tahu di mana anak saya berada sekarang. Malah, Ippo datang hari ini pun tak bawa anak," tuturnya.

Dalam pada itu, tambah Fara lagi, dia juga ada bertanya kepada Ippo mengenai di mana Ibrahim berada ketika ini, namun tidak mendapat sebarang jawapan kerana suaminya itu diam saja, selain turut mempers0alkan apa sebenarnya yang diinginkan Ippo.

Selain itu, Fara memberitahu, dia juga ada menghubungi keluarga Ippo termasuk bertanya ibu bapa mentuanya mengenai Ibrahim, namun hampa kerana mereka juga tidak mengetahui di mana anaknya itu berada.

Sebelum ini, Fara ditemui pada sebutan keempat k£s tuntutan nusyuz yang difailkan Ippo terhadap isterinya itu pada 12 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, di sini, semalam.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Fara iaitu Rezal Mazli Abdul Muin berkata, sebutan k£s tuntutan nusyuz berkenaan akan diteruskan menerusi pengurusan peguam kedua-dua pihak dan mahkamah pada 30 Julai depan.

"Hari ini, kami sebagai responden (Fara) juga baru mendapat jawapan kepada pembelaan terhadap kes nusyuz berkenaan, namun masih lagi belum membaca dengan menelitinya.

"Bagaimanapun mahkamah mengarahkan untuk k£s ini (nusyuz) diteruskan kepada peringkat pengurusan dari segi dokumen, keterangan saksi dan akan disebut semula pada Julai nanti," katanya.

Menurut Rezal, anak guamnya itu juga sudah memfailkan tuntutan hak penjagaan hadanah int£rim (sementara) yang sebutan kesnya pada 9 Julai depan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Terdahulu, Ippo ada memberitahu keadaan anaknya, Ibrahim yang berada dalam jagaannya baik-baik saja dan tidak pernah menghalang Fara datang bertemu kanak-kanak itu.

Tuntutan nusyuz dibuat Ippo terhadap Fara susulan isterinya itu didakwa keluar rumah tanpa izin dan tidak pulang sejak November tahun lalu.

Untuk makluman, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan mereka dikurniakan dua anak lelaki.

Bagaimanapun, ketika ini akib@t kem£lut rumah tangga yang berl@ku, anak sulung mereka iaitu Yusof Zarin Nur, 4, kini di bawah jagaan Fara, manakala anak kedua, Ibrahim Afi Nur, 2, pula tinggal bersama Ippo.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: