09 June 2024
PENCAPAIAN ANAK DALAM BIDANG PERAGAAN - ADIRA LUAH RASA BANGGA
Penyanyi Adira Suhaimi, 33, baru-baru ini meluahkan rasa bangga dengan pencapaian anak perempuannya, Anggrek, 7, dalam bidang peragaan.
Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi berkata, selepas Bangkok, Anggrek kini mewakili Malaysia sempena Minggu Fesyen Antarabangsa Asia Tenggara 2024 di Singapura bermula kelmarin hingga hari ini.
"Tahniah sayang, ami (mummy) gembira dan bangga dengan pencapaian awak. Alhamdulillah, sebagai ibu saya bangga dengan pencapaiannya dan sentiasa menyokong untuk dia pergi lebih jauh dalam bidang yang diminati.
"Saya nampak dia minat dalam bidang peragaan dan sebab itu saya hantar dia pergi kelas dan hadiri sesi uji bakat serta terpilih untuk mewakili negara.
"Sebelum ini, dia mengikuti kelas dengan Supermodel Amber Chia dan sekarang dengan 'runway couch', Nizam Jalil," tuturnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan masa depan pula, Adira memberitahu, minat macam manapun, dia tetap pastikan Anggrek tidak mengab@ikan pelajarannya.
"Pelajaran tetap nombor satu walaupun dia minat dalam bidang peragaan dan lakonan. Selepas Singapura, saya dimaklumkan ej£n ada perancangan untuk Anggrek mewakili Malaysia ke Jepun atau Korea serta pusing satu dunia pula selepas ini," katanya.
Bagaimanapun, jelas Adira, dia tidak pernah memaksa anaknya itu untuk menyertai mana-mana pertandingan berkaitan bidang peragaan.
"Saya memang tanya dia terlebih dulu apa bidang yang dia minat. Pada pemerhatian saya, dia lebih meminati bidang peragaan dan lakonan. Bila dia beritahu minat dalam peragaan, saya terus hantar dia ke kelas peragaan.
"Kalau saya dulu masih main lumpur ketika usia 7 tahun tetapi Anggrek lebih matang dari usianya mungkin kerana dia ada tiga adik yang masih kecil," ujarnya.
Sebelum ini, Anggrek mewakili Malaysia ke Minggu Fesyen Kanak-kanak Antarabangsa Bangkok pada 27 dan 28 April lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment