20 June 2024

PERCERAIAN ADALAH JALAN TERAKHIR - NORA DANISH SERAH SEPENUHNYA KEPADA ALLAH ISU KEMBALI SEMULA KEPADA NEDIM NAZRI



"Saya serahkan sepenuhnya kepada Allah kerana Dia yang Maha Pengatur. Saya tidak gemar meluahkan atau menceritakan hal neg@tif di media sosial kerana saya sayangkan peminat dan pengikut.
"Sebagai selebriti saya mempunyai tanggungjawab dan jauh sekali ingin memb£bankan mereka dengan mas@lah peribadi saya."

Ujar pelakon Nora Danish yang menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT apabila diminta mengulas mengenai luahan bekas suaminya, Nedim Nazri yang tidak menolak kemungkinan jodoh mereka kembali terjalin selepas episod perpisahan semalam.

Kata Nora, dia enggan memberikan sebarang komen mengenai hantaran yang dikongsikan Nedim di akaun Instagram.

Nora bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut mengenai a1b keluarganya ketik ditanya mengenai punca perpisahan dengan Nedim yang didakwa tiada sebarang persengk£taan antara mereka.

Dalam pada itu, Nora turut memberitahu, perceraian adalah keputusan terakhir yang mereka putuskan selepas melakukan beberapa perbincangan.

"Saya dan Nedim sudah saling mengenali hampir 11 tahun dan melalui fasa perkahwinan selama tujuh tahun. Kami sama seperti pasangan suami isteri yang lain iaitu sentiasa cuba untuk menyelesaikan mas@lah kami dengan sebaiknya dan perceraian adalah perkara terakhir yang ingin kami lakukan.

"Sepanjang tiada persefahaman kami sudah tidak tinggal sebumbung hampir enam bulan dan ketika itu kami masih cuba untuk memperb@iki atau kembali mengisi tempat-tempat kosong di hati kami tetapi Allah lebih maha mengetahui.

"Semalam, Nedim melafazkan talak satu di hadapan hakim dan Alhamdulillah perceraian ini dipersetujui kedua-dua belah pihak sekali gus memudahkan proses itu," jelasnya.

Sebelum ini, Nedim berkongsi luahan isi hatinya mengenai perpisahan antaranya dan Nora, selain percaya sekiranya jodoh mereka masih kuat pasti ada keajaiban berl@ku.

Malam semalam, Nedim melafazkan talak satu terhadap Nora sekali gus menamatkan sp£kulasi pergolakan rumah tangga mereka sebelum ini.

Untuk makluman, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, enam tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: