11 June 2024

"TAK ADIL PERBELANJAAN IVY BAPA TIRI YANG BAYAR SEMUANYA" - FATIN AFEEFA MINTA BEKAS SUAMI, ADAM SHAHZ JALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI BAPA



"Adam tak cul@s bayar nafkah anak setakat ini, cuma saya g£ram apabila dia enggan bayar yuran sekolah anak. Dia cuma beri RM100 untuk beli baju kop£rasi dan yuran lain saya bayar sendiri sebanyak RM3500."
Ujar pelakon Fatin Afeefa yang meminta agar bekas suaminya, pelakon Adam Shahz supaya menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak perempuan mereka iaitu Ivy dengan sempurna.

Kata Fatin, bekas suaminya itu tidak pernah mencul@s nafkah anak mereka itu, namun tidak memenuhi keperluan lain seperti yuran sekolah anak.

Jelas pelakon itu lagi, perkara berhubung tuntutan nafkah masih dalam perbicaraan dan membiarkan mahkamah untuk memberi kata putus.

Dalam pada itu, Fatin turut mendedahkan suaminya, Aliff Awang yang mengambil tanggungjawab membayar segala perbelanjaan Ivy, meskipun bukan tanggungjawabnya.

Tambahnya, walaupun suaminya itu tiada mas@lah mengambil tanggungjawab tersebut kerana sayangkan Ivy, namun dia berpendapat ianya tidak adil buat suaminya itu.

"Bagi saya tak adil perbelanjaan Ivy bapa tiri yang bayar semuanya. Walaupun suami tiada masalah sebab sayangkan Ivy tapi sebagai isteri saya rasa itu tidak adil. Akhirat kelak takkan nak jawab bapa tiri rela bayar perbelanjaan anak," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: