"Setakat ini segala urusan lancar dan masih baik. Tetapi, saya tetap mencuba lagi untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Saya tetap perlu mencubanya untuk jadi yang terbaik demi anak-anak.
"Saya juga sebenarnya percaya dengan adanya fasa dan uj1an seperti ini (dalam hidup) beri peluang saya belajar. Kalau saya tak lalui semua ini, pasti tidak akan kuat seperti sekarang.
"Alhamdulillah, Allah sudah susun cantik semuanya," ujar pelakon Mawar Rashid, 29, ketika ditanya mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal, dimana dia masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab besar perlu digalas dalam menjalani kehidupan itu.
Dalam pada itu, ditanya pula mengenai sokongan diterimanya daripada bekas suami, pelakon Raf Yaakob, 39, terhadap mas@lah 'anxi£ty' yang dihid@pi, Mawar berkata, buat masa ini, mereka cuba yang terbaik.
Jelas Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, dia dan Raf yang juga pemp£ngaruh dan usahawan itu ketika ini lebih selesa fokus untuk membesarkan anak-anak demi masa depan yang lebih baik.
"Buat masa sekarang, kami cuba yang terbaik. Itu saja saya boleh cakap. Kalau saya hendak ulas lebih mengenai bekas suami, t@kut boleh jadi punc@ atau permas@lahan lain pula.
"Apa yang berlaku antara saya dan bekas suami, saya lebih selesa untuk cuba el@kkan memberi komen sebab kami ada anak-anak yang masih kecil dan bekas suami juga adalah bapa mereka.
"Jadi, saya pilih untuk el@kkan apa-apa (komen) yang tidak baik atau mengulas lanjut mengenai dia dalam segala hal pun," kata Mawar.
Tambah Mawar lagi, dia sememangnya sangat percaya setiap yang berlaku dan dihad@pi itu memberi peluang kepada dirinya untuk belajar mengenai erti kehidupan, selain lebih tabah berd£pan dengan dug@an hidup.
Untuk makluman, Mawar pernah mendirikan rumah tangga bersama Raf atau atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017 dan bercerai pada November tahun lalu selepas enam tahun hidup bersama.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 5; Raden Seri Rosabella Cinta, 3; dan Raden Seri Riyanna Sayang, 1; yang dijaga bersama-sama.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment