"Alhamdulillah, Napie sudah selamat menjalani pemb£dahan pagi tadi dan kini sudah ditempatkan di wad. Dia juga sudah boleh menerima pelawat."
Itulah tutur penyanyi kumpulan Spider iaitu Tam yang memaklumkan, pemain gitarnya, Hanafi Hamdan atau Napie, telah selamat menjalani pemb£dahan di Hospital Sungai Buloh (HSB), kira-kira jam 9 pagi, hari ini.
Jelas Tam, Napie yang dikejarkan ke HSB malam Selasa lalu akib@t dis£rang angin ahmar ketika sedang bekerja di Studio Luncai Emas, sudah dipindahkan ke wad peng@singan di hospital berkenaan.
Sementara itu, menurut isteri Napie iaitu Nor Rasidah, ketika itu, suaminya yang juga jurutera bunyi di studio terb@bit, sedang melakukan kerjanya sambil ditemani anak Datuk M Nasir iaitu Hidayat.
Dalam pada itu, Tam turut memohon peminat dan orang ramai membuat sedikit sumbangan bagi meringankan b£ban isteri dan anak-anak Napie.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank, 162740023315 di atas nama Nor Rasidah Said.
"Moga Allah jua yang membal@s amal kita bersama, Insya-Allah, terima kasih," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment