18 July 2024

AL-FATIHAH - BAPA AZHARINA KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada penyanyi Azharina Azhar atas pemergian bapanya, Azhar M.Y Ahmad yang menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Kota Kinabalu akib@t s£rangan jantung pada jam 1.59 petang tadi.

Azharina yang berkongsi berita duk@ itu menerusi hantaran dalam Facebook itu berkata, dia terkilan tidak dapat menatap wajah arwah bapanya buat kali terakhir kerana berada di Padang, Indonesia.

"Assalamualaikum. abah Nina iaitu Azhar MY Ahmad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Nina mohon semua orang sedekahkan Al-Fatihah buat abah," tulisnya.

Sementara itu, adik kepada Azharina iaitu Adriana Azhar memberitahu, arwah bapanya itu kena s£rangan jantung, semalam.

"Bila kena s£rangan jantung, saya dan adik terus membawa ke hospital kerana abah sudah tak boleh bergerak.

"Sesampai sahaja di hospital, abah terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Selain s£rangan jantung, beberapa organ lain turut tidak berfungsi," katanya.

Jelas Adriana lagi, Azharina ketika itu masih berada di Padang dan hanya sempat mendapat penerbangan pulang ke Sabah, malam ini.

Klik untuk gambar besar

"Kakak berada di Padang sejak semalam bersama bapa saudara. Dia hanya tahu abah s@kit sebaik tiba di Padang.

"Kakak terk£jut sebaik mengetahui abah sudah tiada dan cuba dapatkan penerbangan secepat mungkin, tapi hanya berjaya pulang, malam ini.

"Kakak sempat berpesan kepada saya supaya uruskan jenazah arwah secepat mungkin kerana tak elok simpan lama-lama," tuturnya.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Azharina kini telah pun selamat sampai ke tanah air.

Sebelum ini, bapa Azharina kerap dimasukkan ke hospital akib@t mas@lah jantung dan pernah melakukan beberapa pemb£dahan.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Azhar, 59, dibawa ke Masjid Likas, Kota Kinabalu untuk diuruskan, sebelum dikebumikan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: