"Sebenarnya Nedim ni, dia seorang yang tidak kisah kalau apa yang saya inginkan. Saya jumpa dia di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pada ketika itu saya sudah bertudung, dia cuma tengok sahaja dan kata oh cantik."
Itulah kata pelakon Nora Danish yang tampil menafikan dakwaan bekas suaminya, Nedim Nazri tidak bersetuju dengan keputusannya untuk mengenakan tudung.
Jelas Nora, bekas suaminya itu sebaliknya tidak kisah dan dia membuat keputusan untuk bertudung sebaik sahaja selepas bercerai.
Sementara itu, Nora turut meluahkan rasa syukur penghijrahannya itu diterima baik serta mendapat respon positif daripada rakan artis serta anak sulungnya.
"Jadi, saya tanya dia okay tak mommy pakai tudung ni. Dia kata okay. Alhamdulillah rakan-rakan industri juga semua memberikan respon sangat p0sitif pada saya. Ada yang mesej, menangis dan ada juga yang sudah lama ingin melihat saya berhijrah," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment