31 July 2024

AL-FATIHAH - NONA ASIAH KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 4.25 pagi semalam, penyanyi legenda iaitu Nona Asiah, 94, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Besar Changi (CGH), Singapura akib@t pelbagai kompl1kasi kesihatan.
Media tempatan melaporkan, berita pemergian penyanyi popular era 1950-an itu disahkan anak bongsunya yang juga pengarah muzik, Indra Shahrir Ismail.

Jelas Indra, arwah ibunya yang mempunyai dem£nsia itu berada dalam keadaan tidak sihat dan dirawat di Hospital Besar Changi sejak dua bulan lalu kerana mas@lah jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Katanya lagi, dia menjadi satu-satunya anak berada di sisi sebelum arwah ketika menghembuskan nafas terakhir.

Difahamkan, jenazah Nona Asiah kini berada di kediaman dan dijangka akan dikebumikan hari ini kerana anak dan cucu berada di Gold Coast, Australia bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat.

Untuk makluman, bakat seni Nona Asiah atau nama sebenarnya, Asiah Aman, mula berputik sejak menjadi penyanyi latar untuk filem keluaran Shaw Brothers (MFP) dan Cathay Keris Malay Films.

Beliau juga pernah mendalami seni muzik dan nyanyian di bawah bimbingan komposer Allahyarham Pak Zubir Said.

Mesra disapa Mak Nona, arwah merakam lagu ke piring hitam pada 1949 iaitu 'Ciumku Lagi', lagu saduran, 'Besame Mucho' dari Mexico yang menjadi malar segar dan Bunga 'Sakura' (lagu Jepun) sebagai pembuka tirai kerjaya seninya.

Antara lagu popularnya termasuklah 'Manusia Miskin Kaya', 'Jikalau Abang Merindu', 'Dunia Asmara' dan 'Ingin Tahu'.

Selain berbakat dalam bidang seni, ibu kepada lima cahaya mata itu juga berkemahiran dalam bidang jahitan dan busana wanita.

Sentuhannya itu pernah digayakan nama-nama besar industri, antaranya Biduanita Negara, Allahyarham Puan Seri Saloma, Allahyarham Siput Sarawak, Allahyarham Kartina Dahari dan ramai lagi.

Pada 2018, satu usaha untuk mengabadikan sumbangan tidak ternilai Allahyarham kepada persada seni diabadikan dalam CD berjudul Legacy: The Musical Journey of Nona Asiah (Warisan: Perjalanan Muzik Nona Asiah) diterbitkan oleh The RICE Company Ltd, badan bukan untuk keuntungan dan anak syarikat kepada Global Cultural Alliance Ltd.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: