Sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri (TYT) Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Pulau Pinang, semalam, pelakon, pelawak, dan pelukis iaitu Imuda, 65, telah dikurniakan gelaran Datuk apabila menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri.
Imuda antara 103 penerima Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Negeri.
"Saya berasa amat bangga kerana menerima penganugerahan daripada TYT Pulau Pinang. Selepas begitu lama berkecimpung dalam dunia hiburan sejak 40 tahun lalu, inilah masa dan saatnya untuk meraikan kejayaan.
"Bukan saja untuk diri saya tetapi juga buat seluruh anak seni yang lain di negeri Pulau Pinang," tuturnya yang memulakan kerjayanya sebagai pelukis dengan syarikat penerbitan tempatan sebelum melebarkan sayap bersama Dewan Bahasa dan Pustaka.
Karya-karya Imuda atau nama sebenarnya, A Rahim Muda, banyak diterbitkan untuk Gila-Gila, Berita Minggu dan Gelihati.
Sepanjang kerjayanya dalam dunia seni, selain popular dalam siri komedi, beliau pernah membintangi puluhan filem-filem popular antaranya 'Mekanik', 'Kembara Seniman Jalanan', 'Hati Bukan Kristal', 'Mat Gelap', 'Mat Som' dan banyak lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment