13 July 2024

ANAK ANGKAT BUAT SATU K£JUTAN ISTIMEWA - AZHARINA RASA TERHARU



"Saya sangat terk£jut apabila Rahmat masuk ke dalam dewan sambil menyanyikan lagu 'You Are My Sunshine' yang juga lagu wajib yang dinyanyikan untuk anak-anak sebelum tidur.
"Allah saja yang tahu perasaan saya masa itu. Saya tak tahu nak gambarkan macam mana. Anak yang saya jaga dan sayang sejak lahir boleh buat k£jutan macam itu.

"Sebagai ibu, apa yang Rahmat buat ini saya tak akan lupa sampai bila-bila," tutur penyanyi Azharina Azhar, 39, yang terharu apabila anak angkatnya, Rahmat Azharin Aziz, 10, melakukan satu k£jutan istimewa buat dirinya dengan menyanyikan lagu 'You Are My Sunshine' sempena minggu Bahasa Inggeris di sekolahnya, baru-baru ini.

Azharina turut berkongsi momen tersebut di Instagram miliknya dimana memuat naik video dia menerima k£jutan istimewa yang dibuat anaknya, Rahmat dan perkongsian itu sekali gus meraih perhatian pengikutnya di media sosial.

Dalam pada itu, kata Azharina lagi, dia hadir ke sekolah anaknya itu untuk memberi kata-kata motivasi kepada pelajar tahun empat, lima dan enam bersempena minggu Bahasa Inggeris berkenaan.

Sementara itu, ditanya mengenai anak sulungnya ini, Azharina memberitahu, ia juga kali pertama dia melihat Rahmat ber@ni menyanyi di hadapan orang ramai.

"Seperti yang anda semua tahu, Rahmat adalah anak istimewa dan menghid@p disl£ksia yang Allah hadirkan dalam hidup saya.

"Jadi, k£jutan yang dibuat oleh Rahmat ini sangat luar biasa. Saya sendiri terk£jut kerana dia ber@ni menyanyi di hadapan ramai orang. Dia menyanyi sambil pegang tangan dan pimpin saya ke atas pentas.

"Sebelum ini, memang saya tahu dia boleh menyanyi tapi di hadapan orang yang dia rapat saja," kata Azharina yang hampir 18 tahun bergelar ibu tunggal.

Selain itu, ditanya pula mengenai karakter dan sifat yang ada pada diri Rahmat, Azharina menjelaskan, anaknya itu seorang yang ceria, penyayang dan sangat melindungi ahli keluarga.

"Kalau dia sayang seseorang, memang dia akan tunjuk dan ambil berat. Dia tak boleh dengar orang cakap burvk pasal saya.

"Satu lagi istimewanya, Rahmat di mata saya ialah dia pandai mengambil hati orang. Dari segi percakapan, dia seorang yang sangat lemah lembut dan beradab," ujarnya yang turut memiliki seorang lagi anak angkat, Redha Azharin, 7.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: