Selepas tujuh hari ditah@n r£man, akhirnya pasangan pemp£ngaruh media sosial, Alif Teega dan Aisyah Hijanah dibebaskan pada Selasa.
Bagaimanapun, Alif atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, dan Aisyah, 26, perlu membayar wang jaminan sebanyak RM100,000 setiap seorang di mana RM20,000 perlu dibayar secara tunai dan baki RM80,000 tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin.
Menurut laporan media tempatan, pasangan itu juga perlu melaporkan diri sebulan sekali di pejabat Suruhanjaya Penc£gahan R@suah Malaysia (SPRM) bagi membantu sias@tan.
"Pasangan suami isteri yang juga pemp£ngaruh serta dua individu lain ditah@n SPRM untuk sias@tan k£s selew£ng dana derma awam dibebas dengan jaminan RM100,000 seorang.
"Mereka perlu lapor diri sekali sebulan di pejabat SPRM atau hadir hingga sias@tan selesai," kata sumber.
Pada 10 Julai lalu, Alif dan Aisyah telah ditah@n oleh SPRM, dipercayai bagi membantu sias@tan atas dakwaan menyelew£ng dana derma awam.
Sebelum ini, pasangan itu pernah tampil menafikan dakwaan berkenaan dan mahu mengher£t pemfitn@h ke mahkamah.
Pada 11 Julai lalu, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan r£man terhadap Aliff dan Aisyah yang dibuat SPRM.
Perintah r£man itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin dan pasangan itu dir£man selama empat hari yang sepatutnya berakhir pada Ahad, namun disambung selama tiga hari sehingga Selasa.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment