15 July 2024

"BERAKHIR TEMPOH IDAH (BEKAS ISTERI PERTAMA), TAMATLAH PERKAHWINAN 19 TAHUN YANG KAMI BINA" - DATUK RED UMUM UNTUK ELAK TIMBUL FITN4H



"Hari ini (Sabtu) berakhir tempoh idah (bekas isteri pertama), tamatlah perkahwinan 19 tahun yang kami bina. Tidak sangka cepat habis tempoh edah.
"Saya kena umumkan ini kerana t@kut nanti kalau ada yang nampak dia keluar rumah menimbulkan fitn@h pula.

"Selepas ini kalau nampak Fila (Sharifah) keluar berjalan-jalan-jalan, dia bukan tanggungjawab saya lagi."

Itulah kata usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red, dimana dia memaklumkan tempoh idah bekas isteri pertama iaitu Sharifah Norshafila Hashim sudah pula berakhir, Sabtu lalu.

Datuk Red yang berkongsi hal tersebut menerusi sesi siaran langsung di TikT0k, menjelaskan, dia memberitahu perkara itu kerana bimb@ng ia akan timbul sal@h faham serta, selain berkata, dia menyangka tempoh idah bekas isteri pertamanya itu berlalu begitu pantas.

Sementara itu, Sharifah Norshafila yang turut ada bersama Datuk Red ketika itu, pula memaklumkan, dia telah melalui proses tiga kali suci haid seperti mengikut ketetapan hukum Islam.

Meskipun belum cukup tiga bulan bercerai, Sharifah berkata, kiraan tempoh idah itu mengikut kitaran haid yang dilalui dua kali sebulan.

Dalam pada itu, Datuk Red juga akan membantu bekas isterinya itu mencari rezeki, memandangkan Sharifah tidak mempunyai pendapatan tetap ketika ini.

"Buat masa sekarang ini, dia tiada kerja tetap dan saya akan cuba usaha mencari peluang pekerjaan seperti berniaga. Apabila sudah pegang status itu (ibu tunggal), masyarakat akan pandang s£rong.

"Nak cerita lebih pun, bukan perkara yang baik pun. Selepas ini, dia seperti burung yang boleh terbang tinggi dan boleh terbang ke mana sahaja dia mahu," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: