02 July 2024

BERJAYA TAMAT DIPLOMA DI USIA 51 TAHUN - FAUZI NAWAWI MAHU JADI CONTOH TERBAIK BUAT ANAK-ANAKNYA, TOLAK TANGG4PAN GOLONGAN SELEBRITI TIDAK PENTINGKAN PELAJARAN



Pelakon Fauzi Nawawi nampaknya tidak menjadikan usianya yang kini sudah mencecah 51 tahun itu sebagai penghalang untuknya menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem dan Meatech Creative Acedemy.
Kata Fauzi, isterinya yang juga pelakon iaitu Lisdawati, memberikan semangat kepadanya untuk dia mencapai sesuatu dalam hidupnya dan dia mahu memberi contoh terbaik buat anak-anaknya.

"Saya sambung belajar kira-kira dua tahun lalu. Apabila anak-anak dah besar, saya rasa perlu buat sesuatu untuk bagi contoh yang baik buat mereka semua.

"Isteri juga adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini. Jadi saya harap dapat jadi contoh agar anak-anak terinspirasi untuk dapatkan segulung ijazah dalam hidup mereka.

"Saya ada lapan orang anak dan sebagai ketua keluarga, kenalah beri contoh terbaik," ujar Fauzi yang juga berharap dengan keputusannya menyambung pelajaran dapat membu@ng tangg@pan segelintir netizen terhadap golongan selebriti yang tidak pentingkan pelajaran.

"Ramai isteri berjaya dalam pelajaran mereka. Saya juga mahu merasa seperti itu. Walaupun sibuk berlakon, pelajaran tak pernah tinggal.

"Mungkin ramai anggap orang yang tidak berjaya dalam pelajaran lebih memilih menjadi artis. Saya nak betulkan tangg@pan sebegitu dan menjadi bukti golongan artis juga berpelajaran," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: